itulah yang si gadis sedang alami..
si gadis kesunyian kerana lelaki yang dicintainya telah menyepikan diri, si gadis bingung kenapa dia menyepikan diri..cukup lah si gadis hanya menggelarkan dia sebagai si kacak.
si kacak yang telah menjalinkan hubungan dengannya telah menyepikan diri..perbagai usaha si gadis untuk memperbaiki hubungan dengan si kacak agar berterusan seperti dahulu.. tetapi si gadis tak tahu apakah punca sampai si kacak menjadi seperti itu.. si gadis ingin menjadi seorang teman wanita yang memahami keadaan si kacak. si gadis berandaian si kacak mungkin sibuk dengan kerja dan penat setelah kerja seharian. tetapi, kadangkala nafsu dan bisikan cemburu menguasai diri, si gadis mula berandaian bermacam-macam.. mungkin berdasarkan pengalaman dulu yang mengecewakan, si gadis mula meragui kejujuran si kacak..
si gadis keliru..si kacak menafikan apabila si gadis mula mempersoalkan kejujuran dan kecurangan yang bermain di fikiran si gadis..si gadis berasa begitu kerana si gadis sangat berhati-hati agar tidak kecewa seperti dahulu, walaupun si gadis tahu bahawa dia sangat mencintai si kacak..
si gadis terus berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa, agar hubungan mereka tetap utuh dan bahagia sehingga ke akhirnya.. si gadis pasrah
No comments:
Post a Comment