semalam, si kacak memberikan kejutan untuk si gadis..setelah sekian lama si gadis menunggu akhirnya tanpa diduga si kacak menghubungi si gadis.. si kacak menyatakan kerinduannya pada si gadis..si gadis turut menyatakan hal yang sama..tetapi, si kacak menghubungi si gadis hanyalah semata-mata ingin membalas setiap persoalan yang si gadis pertanyakan.. si gadis kecewa lagi.. si gadis terus bertanyakan kepada si kacak "adakah kita tidak dapat bersama seperti dahulu? atau awak nak hubungan kita tergantung seperti ini? awak tidak mahu kita berhubungan lagi?" si kacak hanya berdiam diri dan memberikan hanya 3 patah perkataan.."awak fikirlah sendiri"
si gadis terpinga-pinga dengan kenyataan yang diberikan oleh si kacak, apakah maksud dia dengan berkata seperti itu? si kacak menberikan penjelasan setelah si gadis hanya mendiamkan diri cuma esakan halus yang didengari.. si kacak berkata "awak fikirkan lah, awak boleh terima saya dengan keadaan begini atau tidak? awak bole tak terima bahawa saya sudah berubah?"
si gadis mendiamkan diri sekali lagi.. di dalam hati si gadis berkira-kira dengan penjelasan si kacak sebentar tadi.."kenapa dia berkata seperti itu? adakah aku yang bersalah selama ini kerana hanya bertanyakan kenapa dia berubah menjadi seseorang yang tidak aku kenali?" monolog si gadis.. air mata mengalir lagi..panggilan diputuskan.. si gadis tak sanggup untuk mendengar apa yang bakal dikatakan lagi oleh si kacak.. pada mulanya si gadis berharap dengan panggilan itu, si kacak ingin berbaik dengannya sekali gus mengurangkan perasaan rindu si gadis terhadapnya..tetapi sangkaan si gadis ternyata meleset..
kedengaran ringtone mesej masuk di nokia c3 si gadis, "maaf, tiada niat apa-apa..saya sayangkan awak" air mata si gadis mengalir lagi.. si gadis keliru, kenapa dia berkata begitu sedangkan tadi si kacak seperti tidak ingin bersamanya kembali..si gadis membalas mesej berkenaan "saya sayangkan awak jugak, malah melebihi dari saya menyayangi diri saya sendiri..tapi, kenapa kita harus begini?" si gadis pasrah.. cuma, si gadis mampu berharap agar hubungan mereka dapat kembali pulih seperti sedia kala..
si gadis sangat merindui kamu wahai si kacak :'(