Pages

Friday, 27 May 2011

ku berserah..

ouh..dah lama si gadis tak buka journal ini..sepatutnya journal patut diupdate setiap hari, tapi apakan daya.. si gadis ada tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan :)

okay sekarang kita mulakan dengan ceritera si kacak yang sering kali menjadi intipati setiap entry journal ini..
si gadis tidak mengetahui apa status perhubungan mereka sekarang, dan si kacak pula tidak lagi berusaha untuk menghubungi si gadis..si gadis kini pasrah..si gadis bersedia dengan segala kemungkinan yang ada, dan untuk melupakan si kacak memang lah satu 'tugasan' yang sangat sukar..tapi si gadis akan melakukan segala usaha agar hatinya tidak lagi disakiti..hidup perlu diteruskan bukan? :')

sekarang si gadis perlu menjalani hidup tanpa si kacak dan cuba kuatkan untuk biasakan diri sebab selama ini si kacak sentiasa berada disisi samaada dalam suka dan duka.. :'( ahh, tak perlu diungkitkan lagi..

si gadis berserah pada takdir, jika ada jodoh adalah..jika tiada..mungkin yang lebih baik menunggu si gadis di luar sana..

Sunday, 22 May 2011

kejutan yang menghibakan

semalam, si kacak memberikan kejutan untuk si gadis..setelah sekian lama si gadis menunggu akhirnya tanpa diduga si kacak menghubungi si gadis.. si kacak menyatakan kerinduannya pada si gadis..si gadis turut menyatakan hal yang sama..tetapi, si kacak menghubungi si gadis hanyalah semata-mata ingin membalas setiap persoalan yang si gadis pertanyakan.. si gadis kecewa lagi.. si gadis terus bertanyakan kepada si kacak "adakah kita tidak dapat bersama seperti dahulu? atau awak nak hubungan kita tergantung seperti ini? awak tidak mahu kita berhubungan lagi?" si kacak hanya berdiam diri dan memberikan hanya 3 patah perkataan.."awak fikirlah sendiri"

si gadis terpinga-pinga dengan kenyataan yang diberikan oleh si kacak, apakah maksud dia dengan berkata seperti itu? si kacak menberikan penjelasan setelah si gadis hanya mendiamkan diri cuma esakan halus yang didengari.. si kacak berkata "awak fikirkan lah, awak boleh terima saya dengan keadaan begini atau tidak? awak bole tak terima bahawa saya sudah berubah?"

si gadis mendiamkan diri sekali lagi.. di dalam hati si gadis berkira-kira dengan penjelasan si kacak sebentar tadi.."kenapa dia berkata seperti itu? adakah aku yang bersalah selama ini kerana hanya bertanyakan kenapa dia berubah menjadi seseorang yang tidak aku kenali?" monolog si gadis.. air mata mengalir lagi..panggilan diputuskan.. si gadis tak sanggup untuk mendengar apa yang bakal dikatakan lagi oleh si kacak.. pada mulanya si gadis berharap dengan panggilan itu, si kacak ingin berbaik dengannya sekali gus mengurangkan perasaan rindu si gadis terhadapnya..tetapi sangkaan si gadis ternyata meleset..

kedengaran ringtone mesej masuk di nokia c3 si gadis, "maaf, tiada niat apa-apa..saya sayangkan awak" air mata si gadis mengalir lagi.. si gadis keliru, kenapa dia berkata begitu sedangkan tadi si kacak seperti tidak ingin bersamanya kembali..si gadis membalas mesej berkenaan "saya sayangkan awak jugak, malah melebihi dari saya menyayangi diri saya sendiri..tapi, kenapa kita harus begini?" si gadis pasrah.. cuma, si gadis mampu berharap agar hubungan mereka dapat kembali pulih seperti sedia kala..

si gadis sangat merindui kamu wahai si kacak :'(

Friday, 20 May 2011

keliru

malam ini, si kacak membalas mesej si gadis..akhirnya setelah si gadis menunggu berhari-hari, si kacak bertanyakan khabar berita kepada si gadis..tetapi, si gadis tidak seperti yang si kacak harapkan..rupanya si gadis masih berkecil hati dengan si kacak..memang si gadis sangat merindui si kacak..namun, si gadis masih teringat dengan kata-kata yang diberikan sejak akhir-akhir ini.. si gadis keliru sama ada mahu mengikuti kata hatinya atau kata perasaan kecil hatinya..

walapun begitu jauh dalam hati si gadis, si gadis berharap si kacak dapat memahami akan dirinya..

Thursday, 19 May 2011

pelajaran baru..

hari ini si gadis sangat eksited sebab dapat belajar menaiki kereta.. walaupun cabaran pada bukit sangat lah susah, cubaan kali yang ke empat barulah si gadis dapat buat walaupun tidaklah sesempurna mana.. tapi alhamdulillah, si gadis dapat mempelajari pelajaran yang baru..

perihal si kacak pula, si gadis tetap menunggu.. menunggu agar si kacak akan menghubunginya seperti biasa.. sungguh si gadis sangat merindui dia.. alangkah bahagianya sekiranya si kacak menemani malam ini seperti malam yang lalu..
kali ni si beruang kecik menjadi dampingan si gadis lagi..

Wednesday, 18 May 2011

kerinduan yang tak pernah putus

kali ini si gadis tersentap dengan mesej daripada si kacak itu tadi..entah la, tak tahu kenapa mungkin si gadis sering mengganggu si kacak dalam kesibukan dia menjalankan tugas. si gadis hanya tidak dapt menjawab panggilan si kacak, tetapi si kacak seperti memarahi si gadis pula.. mungkin si kacak ada masalah yang dihadapinya semasa di tempat kerja..

pagi tadi pula, cik cantik memenuhi hari si gadis.. kesunyian si gadis terubat dengan keperihatinan cik cantik.. kakak polos pula menjadi tempat luahan masalah bagi si gadis, nasihat kakak polos menjadi panduan si gadis..

kini, si beruang kecil pemberian si kacak menemani malam si gadis.. apabila si gadis merindui si kacak..si gadis akan memeluk si beruang kecil untuk mengurangkan kerinduannya yang terpendam.. si gadis berharap, sekiranya si kacak tahu akan isi hati si gadis.. si kacak akan menjadi seperti si kacak yang dahulu..

sekian..

kesepian dan kesunyian

itulah yang si gadis sedang alami..
si gadis kesunyian kerana lelaki yang dicintainya telah menyepikan diri, si gadis bingung kenapa dia menyepikan diri..cukup lah si gadis hanya menggelarkan dia sebagai si kacak.
si kacak yang telah menjalinkan hubungan dengannya telah menyepikan diri..perbagai usaha si gadis untuk memperbaiki hubungan dengan si kacak agar berterusan seperti dahulu.. tetapi si gadis tak tahu apakah punca sampai si kacak menjadi seperti itu.. si gadis ingin menjadi seorang teman wanita yang memahami keadaan si kacak. si gadis berandaian si kacak mungkin sibuk dengan kerja dan penat setelah kerja seharian. tetapi, kadangkala nafsu dan bisikan cemburu menguasai diri, si gadis mula berandaian bermacam-macam.. mungkin berdasarkan pengalaman dulu yang mengecewakan, si gadis mula meragui kejujuran si kacak..

si gadis keliru..si kacak menafikan apabila si gadis mula mempersoalkan kejujuran dan kecurangan yang bermain di fikiran si gadis..si gadis berasa begitu kerana si gadis sangat berhati-hati agar tidak kecewa seperti dahulu, walaupun si gadis tahu bahawa dia sangat mencintai si kacak..

si gadis terus berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa, agar hubungan mereka tetap utuh dan bahagia sehingga ke akhirnya.. si gadis pasrah

pengenalan

ini merupakan blog kedua aku,
aku ingin berkongsikan mengenai kehidupan peribadi aku termasuklah mengenai isi hati aku..
tetapi aku ingin menggunakan nama samaran dalam blog ini agar tiada siapa yang mengenali, cukuplah sekadar mengetahui dan membaca cerita aku.. sebab hanya itu tujuan aku..

maaflah blog ini hanya picisan semata-mata..